Wednesday, 6 November 2013

Hadapilah apa-apa jua masalah dengan bijaksana...

Secebis karya untuk penenang minda....
6/11/2013 - Seperti biasalah, hari ku tiada apa yang menarik pun. Ok, entry hari ini aku ingin menceritakan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Sebelum tu, dalam dunia ini tidak apa yang tidak seimbang. Sesungguhnya Allah telah menciptakan setiap satu itu berpasangan. Ada kiri, ada kanan. Ada baik dan ada yang buruk. Ada yang hodoh ada yang canitk. Masa kita belajar matematik pun ada term yang kita kenali symmetric. Sampai tak mesej yang aku nak sampaikan?haha.. Kalau tk sampai tu takpe la, secara rumusannya ada baik dan ada buruknya. Kira seimbang la. Tak faham jugak tak tahu la aku.

Dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia, kita seharusnya berfikir untuk membuat keptusan yang terbaik dalam hidup. Hal ini kerana dengan keputusan yang kita ambik itulah yang bakal mencorakkan kehidupan seharian kita. Akan tetapi, haaaa, sesetengah keputusan yang kita ambil juga akan mempengaruhi orang lain. Percayalah. Sebagai contoh jika kita menasihati seseorg itu dengan penuh bijaksana, nescaya individu tersebut akan sentiasa mengingati pesanan orang tersebut. Berkemungkinan dengan nasihat kita itu mampu mencegah seseorang itu daripada melakukan kemungkaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam hal nasihat menasihati. Betul, percayalah. Sebagai seorang yang bergelar ibu atau bapa, sudah pasti hendak anaknya menjadi seorang yang berjaya. Jika ada salah hendaklah ditegur dan dinasihat. Akan tetapi jika seseorg itu lemah dalam sesuatu perkara, sebagai contoh didalam bidang sukan, akademik dan sebgainya, janganlah dimarahi terus anak itu. Ingatlah, everyone of us that was born in this world is meant for something. Mungkin dia lemah dalam bidang itu, tapi, mungkin dia hebat dalam bidang lain. Minat dan cinta akan sesuatu perkara itu yang boleh mendorong seseorang itu menjadi hebat dalam ape2 jua bidang. Kalau tak sampai mesej yang aku nak sampaikan ni maaf ye. Hahaha. Aku just tulis apa yang bermain di fikiranku ini. Akhir kalam aku ingin menyampaikan sebuah pantun.

Indah memekar si pohon seroja,
Bertambah seri mekarnya si Raya,
Lemah seseorang itu bukan kehendaknya,
Tetapi kurang semangat ia.



Menunggu Hari...

Tenangkan minda sebelum membaca...
4/11/2013 - Hari2 ku berlalu pergi begitu sahaja semenjak aku 1 bulan lebih yang lepas. Tapi tidak bermakna yang aku tidak melakukan ape2 aktiviti yang membangunkan diriku. Sejak kebelakangan ini ada beberapa siri of event yang berlaku dalam hidup aku..hehe..datang pulak hantu aku nak cakap inggeris. Disini aku ingin berkongsi pengalaman, apabila usia meningkat remaja, banyak pancaroba yang akan kita lalui. Serius banyak, dan hendaklah kita seorang manusia pandai menempuhi ujian ini dengan cara yang terbaik. Kenapa aku cakap 'dengan cara yang baik'? Sebab setiap keputusan yang kita ambil ada baik dan buruknya dan disini ingin aku tekankan for whatever reason orang cakap kat kau bila kau dah ambil keputusan tu, JANGAN SESEKALI KAU MENYESAL dengan keputusan yang kau dah ambil. Sebab kat sini adalah untuk memupuk kita supaya jangan melihat ke belakang. dalam apa2 jua situasi, korang mesti akan dengar 'benda dah lepas jangan dikenang'. Macam aku yang pernah ada pengalaman, bukan ayat ini yang membantu aku untuk teruskan kehidupan aku tetapi diri aku yang sendiri menyatakan kepada aku yang aku TIDAK MENYESAL dengan keputusan yang aku ambik. Ambillah iktibar dengan apa yang aku ceritakan ini. Jikalau ada benda yang tidak baik janganlah diambil. Sesungguhnya akiu ini manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Akhir kata untuk entry hari ini. Sebelum aku undur diri ada satu pantun yang ingin aku sampaikan.

Gembira teruna melibas joran,
Terlihat nelayan melempar jala,
Dunia ini penuh cabaran,
Tabahkanlah hati menempuh segala.