 |
| Tenangkan minda sebelum membaca... |
4/11/2013 - Hari2 ku berlalu pergi begitu sahaja semenjak aku 1 bulan lebih yang lepas. Tapi tidak bermakna yang aku tidak melakukan ape2 aktiviti yang membangunkan diriku. Sejak kebelakangan ini ada beberapa siri of event yang berlaku dalam hidup aku..hehe..datang pulak hantu aku nak cakap inggeris. Disini aku ingin berkongsi pengalaman, apabila usia meningkat remaja, banyak pancaroba yang akan kita lalui. Serius banyak, dan hendaklah kita seorang manusia pandai menempuhi ujian ini dengan cara yang terbaik. Kenapa aku cakap 'dengan cara yang baik'? Sebab setiap keputusan yang kita ambil ada baik dan buruknya dan disini ingin aku tekankan for whatever reason orang cakap kat kau bila kau dah ambil keputusan tu,
JANGAN SESEKALI KAU MENYESAL dengan keputusan yang kau dah ambil. Sebab kat sini adalah untuk memupuk kita supaya jangan melihat ke belakang. dalam apa2 jua situasi, korang mesti akan dengar 'benda dah lepas jangan dikenang'. Macam aku yang pernah ada pengalaman, bukan ayat ini yang membantu aku untuk teruskan kehidupan aku tetapi diri aku yang sendiri menyatakan kepada aku yang aku
TIDAK MENYESAL dengan keputusan yang aku ambik. Ambillah iktibar dengan apa yang aku ceritakan ini. Jikalau ada benda yang tidak baik janganlah diambil. Sesungguhnya akiu ini manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Akhir kata untuk entry hari ini. Sebelum aku undur diri ada satu pantun yang ingin aku sampaikan.
Gembira teruna melibas joran,
Terlihat nelayan melempar jala,
Dunia ini penuh cabaran,
Tabahkanlah hati menempuh segala.
No comments:
Post a Comment