![]() |
| Secebis karya untuk penenang minda.... |
Dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia, kita seharusnya berfikir untuk membuat keptusan yang terbaik dalam hidup. Hal ini kerana dengan keputusan yang kita ambik itulah yang bakal mencorakkan kehidupan seharian kita. Akan tetapi, haaaa, sesetengah keputusan yang kita ambil juga akan mempengaruhi orang lain. Percayalah. Sebagai contoh jika kita menasihati seseorg itu dengan penuh bijaksana, nescaya individu tersebut akan sentiasa mengingati pesanan orang tersebut. Berkemungkinan dengan nasihat kita itu mampu mencegah seseorang itu daripada melakukan kemungkaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam hal nasihat menasihati. Betul, percayalah. Sebagai seorang yang bergelar ibu atau bapa, sudah pasti hendak anaknya menjadi seorang yang berjaya. Jika ada salah hendaklah ditegur dan dinasihat. Akan tetapi jika seseorg itu lemah dalam sesuatu perkara, sebagai contoh didalam bidang sukan, akademik dan sebgainya, janganlah dimarahi terus anak itu. Ingatlah, everyone of us that was born in this world is meant for something. Mungkin dia lemah dalam bidang itu, tapi, mungkin dia hebat dalam bidang lain. Minat dan cinta akan sesuatu perkara itu yang boleh mendorong seseorang itu menjadi hebat dalam ape2 jua bidang. Kalau tak sampai mesej yang aku nak sampaikan ni maaf ye. Hahaha. Aku just tulis apa yang bermain di fikiranku ini. Akhir kalam aku ingin menyampaikan sebuah pantun.
Indah memekar si pohon seroja,
Bertambah seri mekarnya si Raya,
Lemah seseorang itu bukan kehendaknya,
Tetapi kurang semangat ia.
Indah memekar si pohon seroja,
Bertambah seri mekarnya si Raya,
Lemah seseorang itu bukan kehendaknya,
Tetapi kurang semangat ia.

